Anakanda Sultan Brunei Mangkat

- Advertisement -

BRUNEI – Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini.

Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas Asar.

Susulan itu, Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera setengah tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai hari ini .

Bagaimanapun, punca kemangkatan putera kedua Sultan Brunei itu masih belum diketahui,

Baginda dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin terhadap isu kemanusiaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat