Individu Ada Surat Kebenaran Majikan, Pas Pekerja Perlu Dilepaskan Di SJR – Ismail Sabri

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

KUALA LUMPUR – Individu yang mempunyai surat kebenaran majikan atau pas pekerja untuk ke tempat kerja perlu dilepaskan daripada Sekatan Jalan Raya (SJR), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sehubungan itu, berkata polis tidak seharusnya mengarahkan mereka yang mempunyai salah satu dokumen itu untuk berpatah balik ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa negeri pada masa ini.

“Majikan yang menentukan pelepasan dan kebenaran pekerja tertakluk kepada pengumuman kerajaan.

“Bagi yang dibenarkan (ke pejabat), majikan akan keluarkan surat kebenaran dan jika rentas daerah mereka hanya perlu ada pas pekerja, bermakna polis perlu lepaskan mereka,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan muka depan sebuah akhbar tempatan bahawa ada majikan mendakwa terdapat pekerja yang bukan daripada bahagian pengurusan dan penyeliaan dihalang oleh polis untuk ke pejabat dan diarah berpatah balik.

Ismail Sabri berkata polis tidak dibekalkan senarai bahagian pekerjaan yang memerlukan pekerja ke pejabat atau bekerja dari rumah, namun pengumuman kerajaan sebelum ini adalah jelas iaitu pekerja di kawasan PKPB bahagian pengurusan dan penyeliaan perlu bekerja dari rumah.

Sementara, bahagian lain yang memerlukan mereka hadir ke pejabat, pekerja perlu berbuat demikian dengan melengkapkan diri dengan surat kebenaran majikan atau pas pekerja, katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 agar tidak bersesak-sesak, sebaliknya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat pengeluaran wang di bank.

“Seperti kita tahu, ada 10.6 juta penerima sedia ada, dan bayaran akan dibuat dalam masa terdekat. Jadi kita harap penerima akan mengikut arahan yang diberikan oleh pemantau seperti anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang akan ditempatkan di setiap bank tersebut,” ka tanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan penyaluran BPN 2.0 bermula Isnin ini, yang melibatkan 10.6 juta penerima.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...