KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) beranggapan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menggantung Perikatan Nasional (PN) adalah bermotifkan politik dan bertujuan menyekat PN daripada bertanding dalam PRN Negeri Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Wawasan mempersoalkan sama ada terdapat ‘tangan ghaib’ di sebalik pengeluaran notis-notis tersebut, yang bertepatan dengan pengumuman Ketua Menteri Melaka mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
“Wawasan telah dimaklumkan mengenai tindakan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk menggantung Perikatan Nasional (PN).
“Merujuk kenyataan media Setiausaha Agung PN bertarikh 24 September 2026, Wawasan turut dimaklumkan bahawa PN telah menerima dua notis daripada RoS.
“Notis pertama (bertarikh 22 September 2026) ialah Notis Kenyataan Sebelum Pendaftaran Dibatalkan di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966.
“Notis kedua (bertarikh 23 September 2026) ialah Notis Perintah Penggantungan di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966,” katanya menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, Wawasan akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan parti komponen PN dalam memastikan jentera dan persiapan menghadapi PRN Melaka berjalan seperti yang dirancang.



