PAS yakin isu ROS boleh diselesaikan mengikut undang-undang atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti

KUALA LUMPUR – Parti PAS yakin isu berkaitan notis dan perintah yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masing-masing bertarikh 22 September dan 23 September akan diuruskan mengikut peruntukan undang-undang dan proses sewajarnya oleh Perikatan Nasional (PN).

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PAS menerima maklum tentang suatu notis tunjuk sebab dalam tempoh 30 hari oleh ROS terhadap PN mengikut subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 berikutan aduan dari Parti Bersatu (BERSATU).

“PAS turut mendapat maklum akan suatu perintah penggantungan serta-merta terhadap PN oleh ROS,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, atas prinsip musyawarah dan akauntabiliti PAS juga akan bersama-sama parti komponen dalam PN yang bertanggungjawab bagi meneliti dan mengambil segala langkah wajar mengikut lunas undang-undang.

Tindakan ROS ini disebabkan aduan rasmi oleh BERSATU pada 11 Ogos lepas yang mendakwa wujudnya pelanggaran aturan pertubuhan (lapan perkara) oleh kepimpinan PN termasuk isu kedudukan keanggotaan dan dakwaan bahawa BERSATU tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataannya berkata PN tidak menolak kemungkinan tindakan ini mempunyai tekanan politik kerana dikeluarkan serentak dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat