JAKOA iktiraf kejayaan anak Orang Asli cemerlang SPM, STPM melalui AMC

Oleh Zihan Zari

GENTING HIGHLANDS – Seramai 125 anak Orang Asli yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 52 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah berjaya mencatatkan keputusan cemerlang, manakala sembilan pelajar yang memperoleh keputusan semua A dan PNGK 4.00 telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik.

Bagi mengiktiraf kejayaan mereka dalam peperiksaan SPM dan STPM 2025, kesemua penerima diraikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menerima insentif berupa wang tunai dan sijil menerusi Majlis Anugerah Murid Cemerlang (AMC) di Scapes Hotel, dekat sini baru-baru ini.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Dato’ Abdul Kahar Abdullah.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKOA, Muhammad Akmal Ila Ahmad; dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Ir. Ts. Mahat a/l Mat Dong.

Abdul Kahar berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui JAKOA sentiasa komited dalam memperluas peluang kelangsungan pendidikan buat anak-anak Orang Asli khususnya melalui Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP) IPT JAKOA yang kini telah ditambah dan diperluaskan secara menyeluruh.

Katanya, peluang tajaan pendidikan kini merangkumi pelbagai institusi merentasi institusi pendidikan awam, swasta, institusi di bawah kerajaan negeri hinggalah kepada pusat-pusat latihan kemahiran dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Dalam perkembangan sama, AMC yang dianjurkan sejak 2008 merupakan salah satu platform KKDW dan JAKOA bagi mengiktiraf kejayaan masyarakat Orang Asli dalam bidang akademik selain Anugerah Mahasiswa Inspirasi (AMI) yang mengiktiraf pencapaian serta sumbangan mahasiswa Orang Asli yang akan diadakan pada awal Oktober ini.

Antara penerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam peperiksaan SPM dan STPM 2025, Santosh a/l Kerwant Singh (8A), Khairunnisa Yusdi (9A), Nur Dania Suhaila Johari (9A), Anisda a/p Aadi (9A), Syaza Maisarah Mohamad Fadhli (9A), Rania a/p Rahim (9A), Asniza a/p Asmawi (9A), Tan Kah Wei (PNGK 4.00), dan Hazaril Hakimi a/l Hassan (PNGK 4.00). – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat