PM bawah 70 tahun isyarat halus Pas tolak pencalonan Muhyiddin – Ketua AMK

KUALA LUMPUR – Cadangan Pas supaya Perdana Menteri mesti berusia bawah 70 tahun adalah isyarat politik halus menolak pencalonan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kamil Munim berkata, walaupun Pas tidak menyebut sebarang nama secara langsung, namun, kenyataan tersebut jelas menyentuh faktor usia bekas perdana menteri itu yang kini sudah mencecah 70 tahun.

“Cadangan ini datang di tengah-tengah polemik menentukan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN). Jadi saya nampak ia lebih bersifat tidak bersetuju dengan Muhyiddin.

“Bahasa mudahnya, mereka tidak mahu Muhyiddin, cuma tidak sebut secara terang, sebaliknya guna alasan umur,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian selepas satu majlis di Ipoh, pada Rabu.

Pada muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-71 yang diadakan di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini, Presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin berumur atas 70 tahun tidak sepatutnya menjadi perdana menteri.

Hadi juga menyatakan kesediaan Pas untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Bagaimanapun, Hadi kemudian menegaskan kenyataannya merujuk kepada dirinya sendiri, bukan pihak lain.

Sebelum ini, pada perhimpunan agung tahunan Bersatu awal bulan ini, parti itu sebulat suara menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri ke-11.

Muhyiddin yang kini berusia 78 tahun sebelum ini pernah dilaporkan menghidap kanser pankreas.

Bekas perdana menteri itu dilapor pulih sepenuhnya daripada penyakit itu, namun ada khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Pagoh itu menghadapi masalah kesihatan sejak itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Kamil menjelaskan, syarat utama seseorang pemimpin bukan semata-mata usia.

Sebaliknya, menurut setiausaha politik menteri kewangan itu, adalah kemampuan untuk bekerja, kecerdasan, kesihatan tubuh badan dan kefahaman terhadap kehendak rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat