Pas berhentilah berdemo, lebih baik anjur dialog isu Kg Sg Baru boleh jemput Annuar Musa, Shahidan Kassim – Puad

KUALA LUMPUR – Pas sepatutnya berhenti buat demonstrasi sebaliknya, lebih baik pamerkan Pas parti yang bersedia mentadbir, saran Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu mencadangkan Pas menganjurkan dialog isu Kampung Sungai Baru berbanding demonstrasi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA).

“4 Oktober ini Pas sekali lagi akan mengadakan demonstrasi kerana isu RUU URA. PAS mencari isu untuk berdemonstrasi setelah demo “turun Anwar” gagal capai objektif.

“Pas sepatutnya berhenti buat demo. Lebih baik pamerkan Pas parti yang bersedia mentadbir.

“Buatlah dialog isu Kg Sg Baru. Ia ada kaitan dengan RUU (URA). Panggil (Tan Sri) Annuar Musa dan (Datuk Seri) Shahidan (Kassim). Mereka sekarang AJK Pas Pusat.

“Pengambilan balik tanah (PBT) Kg Sg Baru berlaku masa Annuar Musa jadi Menteri Wilayah. Shahidan Kassim pula teruskan. Supaya lebih balance jemputlah Khalid Samad dan Datuk Seri Johari Ghani,” katanya.

Ujar Puad, demo “turun Anwar” gagal kerana PAT Bersatu desak “turun Muhyiddin”.

“BN malam semalam menganjurkan forum sebagai cadangan balas terhada RUU (URA). Itulah cara BN,” bidas Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat