Kepercayaan, Inovasi dan Kerjasama Kunci Masa Depan Digital ASEAN – Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR, – Timbalan Menteri Komunikasi, Puan Teo Nie Ching, menegaskan bahawa kepercayaan digital, inovasi, dan kerjasama serantau merupakan tiga teras utama untuk memacu masa depan digital ASEAN.

Berucap pada Digital Nation Summit Kuala Lumpur (Edisi ASEAN) yang julung kali dianjurkan bersama GSMA, Puan Teo menekankan bahawa kepercayaan digital mesti dibina melalui tadbir urus data yang kukuh, keselamatan siber, serta undang-undang baharu seperti Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.

Katanya, kempen advokasi keselamatan internet Malaysia telah mencapai lebih 150,000 rakyat.

Beliau turut menekankan inovasi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi digital ASEAN, yang kini bernilai USD300 bilion dan dijangka melebihi USD1 trilion menjelang 2030.

Di Malaysia, katanya, Geran Digital PMKS Madani, JENDELA dan peluasan 5G telah memperkasa komuniti serta perniagaan, dengan liputan 5G kini mencecah 82.4 peratus kawasan berpenduduk.

Dalam aspek kerjasama serantau, Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara jiran, sektor swasta dan rakan antarabangsa. Antara inisiatif penting ialah peluasan siri GSMA M360 ke ASEAN pada 2026, seiring dengan Visi ASEAN 2045 untuk membina komuniti digital berdaya tahan, inovatif dan inklusif.

“Sidang kemuncak ini adalah permulaan kepada bab baharu pembinaan negara digital ASEAN – dipacu kepercayaan, berkembang melalui inovasi, dan maju bersama,” ujar Puan Teo. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat