YBR salur bantuan pengajian, cermin mata kepada pelajar B40 di Bangi

- Advertisement -

KAJANG — Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini memberi bantuan cermin mata kepada 186 murid B40 serta 92 mahasiswa menerima sumbangan wang tunai bagi menyambung pengajian.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Syahredzan Johan berkata bantuan cermin mata ini adalah sebahagian inisiatif YBR dalam meningkatkan tahap pendidikan murid-murid bagi mereka yang memerlukan bantuan alat penglihatan terutamanya golongan yang tidak berkemampuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bangi itu berkata bantuan cermin mata ini melibatkan murid di sekitar Bangi antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (M) Kajang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko.

“Saya amat berterima kasih kepada pengurusan YBR kerana inisiatif ini dapat mengurangkan beban kewangan keluarga melalui penjagaan kesihatan mata murid.

“Sememangnya cermin mata amat diperlukan kepada murid yang terkesan dengan masalah penglihatan bagi membolehkan mereka untuk menuntut ilmu,” katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata dan Bantuan Awal Pengajian YBR di Dewan Seri Cempaka, Kajang.

Selain itu, penyerahan peruntukan sebanyak RM46,000.00 kepada 92 mahasiswa bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut dilaksanakan bagi mengurangkan kos pelajar dalam memulakan sesi pengajian yang baru.

Syahredzan berkata bantuan ini adalah bagi membantu penerima yang layak sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan pengajian yang diperlukan untuk meneruskan pengajian khusus kepada golongan asnaf dan keluarga B40.

“Bantuan tunai yang diberikan adalah bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti dan diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertier dan seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara.

“Bagi meneruskan usaha dalam menyediakan pelajar-pelajar dan golongan muda akses pendidikan yang berkualiti, inisiatif ini diharapkan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana untuk meraih kecemerlangan dan seterusnya meningkatkan pembangunan modal insan negara,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Ketua Bahagaian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Untuk makluman sehingga Ogos 2024, seramai 407 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM272,100 di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat