Jangan hodohkan Umno, nasihat Fuad kepada Puad

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Dalam keadaan kita bersedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas mantan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak, jangan pula kita menghodohkan wajah Umno dengan saranan-saranan jelik yang menampakkan usaha mencampuri sistem kehakiman negara.

Menurut Ketua Umno Bahagian Bakri, Haji Mohd. Fuad Tukirin, Umno tidak harus dilihat mempunyai nafsu dan kehendak mencampuri sistem kehakiman negara setiap kali pemimpinnya didakwa dan dijatuhkan hukuman.

“Kita semua bersedih dengan apa yang berlaku. Banyak jasa dan sumbangan Datuk Seri Najib kepada rakyat, negara dan Umno. Namun ini adalah keputusan mahkamah yang perlu kita hormati seperti mana telah berlaku kepada ramai pemimpin politik Umno dan pembangkang,”

“Apa faedah Umno berpecah kerana kes Mohd Najib dan kita kalah dalam pilihan raya akan datang? Apakah Mohd Najib akan bebas jika orang lain menjadi Perdana Menteri atau BN kalah dalam PRU akan datang?” tegas Fuad kepada Suara.TV.

Menurut Fuad pemimpin Umno patut mengelak dari memberi gambaran Umno sebuah parti yang suka mencampuri urusan mahkamah kerana ia boleh menjejaskan sokongan rakyat dalam PRU akan datang.

“Kita lihat bagaimana pemecatan Timbalan Perdana Menteri, penggantian beberapa pegawai kanan Polis, Peguam Negara dan Ketua Persuruhjaya Surujanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah memberi kesan buruk kepada prestasi Barisan Nasional dalam PRU lepas. Jadi jangan kita ulangi usaha yang boleh menghodohkan Umno dalam keadaan kita baru saja mula kembali mendapat sokongan rakyat.”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan mahukan keputusan membawa Ismail sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dibatalkan.

Puad dalam kenyataan beliau sebagai reaksi kepada keputusan bersalah Mohd Najib di Mahkamah Persekutuan menyifatkan Ismail Sabri sebagai “…over perasan dan lembik. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Puad dilihat sangat kecewa apabila Perdana Menteri memilih tidak mencampuri urusan mahkamah bagi menangguhkan kes Mohd Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat