DEB perlu diubah ikut keperluan bukan lagi ikut kaum, Daim beritahu Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dasar Ekonomi Baharu (DEB) perlu berubah menjadi sebuah dasar pembangunan negara yang lebih bertumpu kepada pendekatan berasaskan keperluan dan bukannya lagi mengikut kaum.

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin mengemukakan cadangan itu ketika pertemuannya dengan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang beberapa hari lalu.

“Beberapa hari yang lepas, saya telah berjumpa dengan Tun Daim Zainuddin, beliau menyatakan kekesalannya mengenai Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), yang mana dia merupakan Pengerusi, masih belum diterbitkan.

“Daim telah direkodkan sebagai mengatakan yang DEB perlu berubah menjadi sebuah dasar pembangunan negara yang lebih bertumpu kepada pendekatan berasaskan keperluan dan bukannya lagi mengikut kaum.

“Daim mengatakan, walaupun DEB ini mempunyai kejayaannya, dasar ini kita penuh dengan kekurangan dan salah guna,” beritahu Kit Siang dalam kenyataan pada Rabu.

Veteran DAP itu juga memaklumkan bahawa, Daim memberitahu “sudah tiba masanya untuk pendekatan baharu, untuk mula semula dan betul-betul mengubah kehidupan mereka yang ada di antara kita yang tidak dapat menikmati hasil pembangunan negara. Perbezaannya kini kita perlu menyasarkan rakyat yang paling memerlukan bantuan ini.

“Kita tidak boleh biar bantuan untuk Bumiputera ini daripada terus mengkayakan mereka yang telah menerima manfaat dari dasar-dasar, yang mengambil kesempatan dari kekurangan dasar-dasar ini untuk terus mengayakan diri mereka sendiri dengan mengambil apa yang patut membantu orang lain.

“Kita juga perlu mengakui yang walaupun Bumiputera jauh lebih ramai dalam kalangan yang miskin, kaum-kaum lain juga terkesan secara mendalam dengan kemiskinan dan taraf kehidupan yang rendah,” ujar Daim kepada Kit Siang.

Untuk rekod, Kit Siang memberitahu beliau juga pernah katakan perkara yang sama setengah abad yang lepas di Parlimen pada 23 Februari 1971.

“Bekas penasihat sains kepada perdana menteri, Ahmad Zaharudin Idrus, berpendapat yang Malaysia telah disekat dengan birokrasi dan rasuah – dengan rasuah dilihat telah meresap ke dalam birokrasi di semua peringkat di Malaysia.

“Dalam setengah abad yang lepas, Malaysia telah ditinggalkan di belakang Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, dan Vietnam.

“Adakah kita bakal ditinggalkan di belakang China dan Indonesia sebelum penghujung dekad ini dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) atau Indeks Ketahanan Pertahanan (GDI) terbitan Transparency International?

“Adakah kita bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara dari segi pembangunan ekonomi, malah di belakang Indonesia dan Filipina, menjelang 2040 atau 2050? soal Kit Siang lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat