Ismail Sabri Ziarah Ahmad Zahid Di Hospital Tanda Hormat Ketua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menziarahi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dirawat di hospital.

Menerusi perkongsian di Twitter, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ismail Sabri tidak lupa kepada ketuanya meskipun sudah berjaya.

“YAB PM @IsmailSabri60 melawat DS Zahid di hospital.

“Meski sudah di puncak, tidak lupa pada ketuanya,” ciap Zambry.

Kata beliau lagi, kunjungan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu membuktikan tanda setia pada persahabatan, kasih sayang dan saling menghormati.

“Amalan yang baik jadi teladan,” katanya.

Hari ini, Zahid gagal hadir ke prosiding mahkamah beliau yang berdepan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dimasukkan ke hospital untuk prosedur kecederaan tulang belakang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat