Klipsch T5 II McLaren lancar fon telinga prestasi tinggi

TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang didapati menceroboh masuk ke perairan negara kira-kira 52 batu nautika...

Top Glove Beri Keutamaan Kepada Keselamatan, Kesejahteraan Pekerja

KUALA LUMPUR- Top Glove Corporation Bhd hari ini memberi jaminan kepada pihak berkepentingan untuk melihat keselamatan dan kesejahteraan para pekerja sebagai paling utama dalam...

Jangan Terikut Mainan Fitnah Pihak Lawan Untuk Lemahkan Parti – UMNO Perak

CYBERJAYA - UMNO harus belajar dan muhasabah diri dari kesilapan dan kegagalan pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang IaIu apabila ada pemimpin terikut-ikut...

Jangan Mengalah atau Putus Asa Jika Dijangkiti Covid – Bekas Pesakit

MELAKA - Permulaan tahun 2021 menguji sebuah keluarga di Taman Bukit Cheng di sini apabila mereka tujuh beranak disahkan positif Covid-19. Bukan itu sahaja, tujuh...

KKM Sasar Program Vaksinasi Covid-19 Selesai Akhir Tahun Ini – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Ketua Pengarah...

KOMBINASI antara pemain industri automotif dan jenama teknologi sering memberi kesan mendalam terhadap penghasilan produk berprestasi tinggi.

Kali ini giliran McLaren melancarkan produk keluaran terhad untuk fon telinga tanpa wayar iaitu Klipsh T5 II True Wireless Sport McLaren.

Jenama Klipsch bukan asing untuk industri teknologi berprestasi tinggi dan kali ini jenama berkenaan menjadi rakan kongsi rasmi untuk Pasukan F1 McLaren termasuk membekalkan alatan fon kepala untuk keseluruhan pasukan itu.

Sesuai dengan produk berprestasi tinggi, fon telinga tanpa wayar ini diperakui mendapat pengiktirafan IP67 bagi produk tahan air termasuk menyokong pengecasan USB-C.

Fon telinga keluaran bersama Klipsch dan McLaren ini didatangkan dengan empat mikrofon untuk panggilan telefon termasuk antena pengesanan isyarat berfrekuensi tinggi untuk kestabilan sambungan.

Bagi jangka hayat bateri pula, fon telinga berkenaan mampu beroperasi sehingga 32 jam dengan kepenggunaan optimum termasuk pad pengecas bagi peranti berkenaan.

Pengguna boleh melakukan talaan prestasi untuk Klipsch T5 II menerusi aplikasi di telefon pintar dan ia termasuk pengubahsuaian sistem audio.

Pengguna boleh melakukan pra tempahan untuk fon telinga berkenaan dengan tanda harga RM1,199.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Akibat isu peribadi, Shuk digantung sementara bertugas di Hot FM

CYBERJAYA: Ekoran dari tular di media sosial masalah peribadi yang dihadapi oleh pelawak Shuk Sahar, pengurusan Hot FM menggantung sementara tugas di solt Geng...

Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra, Rekaan Yang Lebih Kemas, Kompak Dan Premium

Setelah pelbagai ura-ura tertiris sepanjang 2020, akhirnya Samsung pada 14 Januari lalu telah melancarkan peranti flagship terbaru mereka menerusi siri Galaxy S-series. Siri flagship yang mulai diperkenalkan sejak...

Doalah Covid-19 berakhir

Setiap Muslim diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan mingguan umat Islam yang ditunaikan sebagai perintah agama menunjukkan keutuhan umat yang melaksanakan ibadah secara berjemaah....