Lagu Dynamite BTS atasi rekod BLACKPINK

- Advertisement -

KUMPULAN BTS dari Korea Selatan terus bertakhta apabila lagu baharunya Dynamite mencipta rekod menjadi muzik video paling tinggi tontonan di YouTube dalam sehari.

Muzik video terbabit yang dilancarkan empat hari lalu berjaya merekodkan tontonan lebih 98 juta dalam tempoh 24 jam sekali gus mengatasi rekod terdahulu dipegang BLACKPINK.

Lagu Dynamite juga menjadi sohor kini dan satu pencapaian membanggakan buat BTS memandangkan ia lagu sulung mereka dalam bahasa inggeris sepenuhnya.

Menerusi satu wawancara, kumpulan itu mendedahkan misi utama lagu berkenaan adalah untuk menaikkan semangat serta harapan buat semua yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Kami beroleh kebebasan dan kebahagiaan menerusi nyanyian dan tarian. Lagu ini khas buat mereka yang perlukan sokongan kala ini,” kata BTS.

Terdahulu, BLACKPINK memegang rekod terbabit apabila lagu How You Like That merekodkan angka tontonan lebih 86.3 juta dalam sehari.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat