Israel Terus Bedil Gaza

- Advertisement -

GAZA: Pesawat perang Israel melakukan lebih banyak serangan udara ke atas kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza pada awal hari Isnin, menurut tentera Israel.

Tentera Israel telah melakukan serangan ke Gaza hampir setiap hari sejak 6 Ogos, serta memperketatkan sekatan. Israel turut melarang bahan bakar untuk satu-satunya stesen tenaga elektrik di Gaza dari dibawa masuk.

Tindakan itu telah menyebabkan wilayah Palestin berkenaan, berada dalam kegelapan.

Serangan pada hari Isnin itu, mensasarkan terowong Hamas dan beberapa sasaran ketenteraan, kata tentera Israel dalam satu kenyataan, dan ia dilakukan sebagai membalas serangan belon pembakar dari Gaza yang didakwa Israel didalangi Hamas – kumpulan yang memerintah Semenanjung Gaza. Setakat ini, tidak ada korban jiwa dilaporkan.

Menurut agensi berita Palestin WAFA, pesawat perang Israel mensasarkan kawasan di sebelah timur bandar al-Qarara, di bandar Khan Younis di selatan, dengan sekurang-kurangnya tiga serangan peluru berpandu, sehingga meninggalkan kesan kawah yang dalam.

Tambahan lagi, artileri Israel turut menyerang sebuah lokasi di sebelah timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang menyebabkan kehancurannya dan kebakaran.

Delegasi Mesir telah berusaha untuk mengembalikan gencatan senjata tidak rasmi.

Semenanjung Gaza mempunyai populasi dua juta orang, lebih separuh daripadanya hidup dalam kemiskinan, menurut Bank Dunia.

Wilayah Palestin berada di bawah sekatan Israel yang dahsyat sejak 2007. Israel dan Hamas telah bertempur dalam tiga peperangan sejak 2008.

Serangan terbaru Israel berlaku hanya beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo ke Tel Aviv, perhentian pertama dalam lawatan lima harinya ke Timur Tengah.

Kunjungannya akan menumpukan pada normalisasi hubungan diplomatik Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan Israel, yang dilihat sebagai pengkhianatan oleh banyak pihak di Palestin, dan mendesak negara-negara Arab lain untuk mengikutinya – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat