PM tahu atau tidak syarikat Farhash bukan isu, jika ada salah laku lapor polis, SPRM – Sany Hamzan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan menegaskan sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim maklum atau tidak berkait isu pemberian lesen eksplorasi mineral berskala besar di Kalabakan, Sabah kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan bekas Setiausaha Politiknya Farhash Wafa Salvador bukanlah konflik yang perlu dipertikai.

Sebaliknya Sany memberitahu pengkritik supaya mengajukan laporan jika syarikat terkait Farhash itu terpalit salah guna kuasa atau penyelewengan seperti dibimbangi kepada pihak berkuasa seperti polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hal Perdana Menteri tahu atau tak tahu syarikat milik Farhash bukanlah isu. Ini cuma kebetulan (Farhash) ada kaitan dengan Perdana Menteri.

“Isu PM tahu tak tahu bukan isu sebenarnya. Ini kerana perkara berkaitan tender, kontrak berpandukan kepada kelulusan – ia membabitkan pemerikasaan, penilaian kesahihan syarikat,ada kekuatan kekuatan ekonomi dan kewangan sebelum anugerahkan sesuatu kontrak.

“Ada jawatankuasa penilaian untuk meneliti syarikat yang masuk, Jadi bukan persoalan PM tahu atau tak tahu, tentunya kelulusan lesen eksplorasi mineral ini dinilai eksekutif di peringkat Kerajaan Negeri Sabah,” katanya kepada SuaraTV pada Khamis.

Justeru wakil rakyat Amanah itu meminta pihak yang kurang senang dengan perkara ini membuat laporan memandangkan Malaysia adalah negara hukum.

“Kalau ada salah laku baik lapor polis, SPRM. Ini negara hukum, kita tak boleh tuduh atau tohmah sewenang-wenangnya tanpa siasatan pihak berkuasa.

“Kita juga tahu Perdana Menteri pun tegaskan beberapa kali beliau tidak campur tangan dalam hal perundangan.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menuntut penjelasan daripada Datuk Seri Anwar terkait pendedahan yang mendakwa Sabah Mineral Management (SMM) meluluskan kebenaran cari gali mineral di negeri itu kepada syarikat Bumi Suria yang melibatkan pemilikan bekas pemimpin PKR Farhash Wafa Salvador.

Syed Saadiq di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, adalah mustahil Perdana Menteri tidak tahu menahu berkenaan skandal ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat