Tok Mat Minta Ahli UMNO Perlu Matang Jika RoS Tolak Pinda Perlembagaan

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ahli UMNO perlu bersikap matang sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan permohonan parti untuk meminda Perlembagaan, sekali gus menuntut pemilihan diadakan secepat mungkin.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sekiranya berlaku, UMNO tidak mempunyai pilihan memandangkan tempoh matang kepimpinan parti memegang jawatan hanya hingga hujung tahun ini.

Walau apa pun terjadi tegasnya, semua pihak perlu mempertahan parti dan sama sekali tidak boleh mengambil risiko hingga menyebabkan pendaftaran parti itu terbubar.

“Tetapi kita tunggulah dan kita mohon supaya kalau boleh, diluluskan permohonan tersebut sebab UMNO telah ikut undang-undang serta peruntukan RoS. Segala dokumen, maklumat diperlukan juga sudah diserahkan kepada RoS.

“Jika kita terpaksa buat pemilihan, saya harap ahli parti jangan berpecah kerana keutamaan kita hendak menghadapi pilihan raya umum (PRU). Kalau boleh, beri keutamaan kepada PRU kerana pemilihan parti ini hanya pemilihan dalaman sesama kita. Ahli mesti matang. Kalau terpaksa kerana tidak diluluskan permohonan kita, kenalah buat pemilihan,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama jentera pilihan raya BN Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Sementara itu, kata Mohamad, semua pihak tidak perlu kelam-kabut terhadap keputusan yang masih belum diperolehi daripada RoS memandangkan UMNO sendiri telah menulis surat kepada pertubuhan tersebut agar keputusan diberikan sebelum 31 Julai ini.

“Jadi kita tunggu sampai tarikh itu. Yang kita kelam-kabut sangat sekarang ini kenapa sedangkan Setiausaha Agung UMNO dah tulis surat kepada RoS. Kalau lulus, alhamdulillah tetapi kalau tidak, perlu buat rayuan kepada menteri serta melakukan pelbagai prosedur lain, yang penting parti perlu bersiap,” katanya.

Dalam pada itu katanya, ahli UMNO tidak perlu sama sekali untuk ‘menari mengikut gendang dipalu musuh’ kononnya terdapat banyak kem pemimpin tertentu yang wujud dalam parti.

“Saya tak tahu pula ada banyak kem dalam UMNO ini. Orang tak tahu yang kepimpinan kerajaan serta parti selalu berjumpa dan berbincang. Orang nak kata kem siapa-siapa, itu lantak dialah asalkan kita tak menari ikut gendang dipalu musuh. Kami relaks sahaja,” katanya.

– UTUSAN

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat