Ramai bantu Man Kidal dan isteri, tapi ramai juga yang kecam!

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Isteri kepada pemain gitar legenda, Man Kidal iaitu Norlaila Yusof meluahkan rasa syukur apabila dihujani panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada mereka.

Norlaila berkata, dia juga sebak apabila melihat baki akaun bank miliknya menerima sumbangan daripada orang ramai.

“Tak tahu nak cakap apa sekarang ini, Alhamdulillah saya bersyukur kepada pihak media yang sudi menolong saya kerana sejak semalam tak berhenti orang hulurkan sumbangan.

“Banyak pihak menghubungi saya seperti Lembaga Zakat Selangor, persatuan-persatuan seni, rakan-rakan artis serta peminat dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei yang mahu memberikan sumbangan.

“Malah, pagi tadi ketika saya melihat baki dalam akaun bank, saya jadi sebak sebab tak sangka ramai yang sudi bantu dalam waktu yang sukar ini. Selama ini, saya tak pernah minta duit daripada kawan-kawan tapi sekarang mereka datang membantu,” katanya.

Norlaila berkata, bagaimanapun dia kecewa apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan tindakan Man Kidal yang tidak menjual gitarnya untuk menampung kehidupan.

“Gitar adalah punca rezeki abang Man selama saya bersamanya hampir 40 tahun. Saya rasa kesal apabila ada pihak sanggup berkata begitu kerana seolah-olah kami menipu dan cuba minta belas kasihan.

“Malah ada juga yang mendakwa salah kami sendiri kerana tiada wang simpanan sedangkan selama dua tahun abang Man tiada kerja, kami menggunakan wang simpanan yang ada untuk teruskan hidup. Kalau ambil sikit-sikit, lama-kelamaan akan habis juga.

“Bagi saya, kalau tak nak tolong tidak mengapa, tapi janganlah hina kami. Saya sangat kecil hati dan sedih apabila macam-macam hinaan yang kami terima.

“Anak-anak saya pun sedang berusaha keras untuk teruskan hidup. Mereka memang ada bantu tapi takkan saya nak susahkan mereka lagi,” katanya.

Terdahulu, Norlaila mendedahkan dirinya dan suami berdepan kesempitan hidup sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, Mac tahun lalu.

Dia juga disahkan positif Covid-19 sejak minggu lalu, manakala suaminya Isnin lalu.

Selain Nur Syahira, Norlaila dan Man Kidal mempunyai dua lagi anak lelaki dan perempuan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat