Angelina Jolie mendahului Brad Pitt

- Advertisement -

Los Angeles: Pelakon Angelina Jolie, 46, beroleh kemenangan besar apabila hakim, John Ouderkirk yang membenarkan bekas suaminya, Brad Pitt, 57, untuk mendapat hak penjagaan bersama pada Mei lalu disingkirkan daripada perbicaraan kes hak jagaan anak mereka, semalam.

Keputusan itu dibuat sebuah mahkamah di sini apabila rayuan Jolie untuk menyingkirkan Ouderkirk diluluskan.

Mahkamah mendapati Ouderkirk melanggar etika dan corak keputusannya pada Mei lalu boleh diragui. Dia juga didapati tidak jujur mengakui ada hubungan perniagaan dengan Pitt.

Dengan keputusan baharu itu, perbicaraan kes terbabit akan dibuat dari awal semula dengan khidmat hakim baharu.

Bagaimanapun, jurucakap Jolie belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Namun, Jolie dipercayai merayu permohonan itu selepas hak mereka dinafikan untuk mendapat perbicaraan yang lebih telus.

Pelakon filem Salt itu turut mengkritik Ouderkirk yang tidak membenarkan lima anaknya tampil memberi kenyataan dalam perbicaraan kes terbabit.

Mereka ialah Pax, 17; Zahara, 16; Shiloh, 15; dan pasangan kembar Vivienne dan Knox, 13. Anak sulung mereka Maddox, 18, tidak perlu kerana sudah cukup umur untuk membuat keputusan sendiri.

Jolie dan Pitt berkahwin pada 2014 selepas bersama lebih 10 tahun. Bagaimanapun, mereka kemudiannya berpisah pada 2016 sebelum keduanya mengesahkan mereka masing-masing sudah kembali solo pada 2019.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat