MWA Minta Kerajaan Kaji SOP dan Utamakan Vaksinasi Industri Air Bersih Negara

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Persatuan Air Malaysia (MWA) meminta kerajaan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) industri air dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan terdapat laporan kekurangan bekalan bahan kimia yang  digunapakai dalam proses merawat air.

Menurut Presidennya, Dr Ir Ts Haji Mohmad Asari bin Daud, MWA khuatir kekurangan bekalan bahan kimia akan menimbulkan masalah kepada kelancaran operasi loji rawatan air di seluruh negara sekiranya permintaan ke atas bahan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Ini akan memberikan impak kepada pengeluaran air terawat untuk keperluan domestik, komersil dan juga industri,” tambah Mohmad Aasri lagi.

MWA juga berharap kerajaan meluluskan kebenaran bertugas dan pengoperasian secara optimum bagi operator bekalan air dan pembetungan serta sepenuhnya industri yang berkait dalam rantaian bekalan industri air dan pembetungan.

Ia termasuklah pembekal bahan kimia, pembekalan peralatan dan bahan mentah untuk kegunaan pembinaan infrastruktur dan baik pulih loji rawatan bekalan air dan loji air kumbahan.

“Begitu juga bengkel-bengkel pembaikan yang perlu beroperasi untuk memastikan penyenggaraan peralatan dan jentera yang digunakan dalam industri ini dapat disokong dan tidak mengalami kelewatan pembaikan dan penyenggaraan. Tanpa perkhidmatan yang disebutkan, bekalan air yang merupakan essential service mungkin berhadapan dengan masalah untuk memberikan perkhidmatan secara berterusan.”

MWA juga berharap kerajaan memberi keutamaan kepada operator perkhidmatan air dan pembetung dalam memperolehi vaksin.

“Ini kerana kebanyakan barisan hadapan bagi industri air dan pembentungan begitu terdedah kepada orang ramai ketika bertugas untuk membekalkan air terawat kepada masyarakat umumnya dan juga bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dijaga,” kata Mohd Asari dalam kenyataan media semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat