Jenazah Belum Dikebumikan, PKR Sudah Bicara PRK Slim

- Advertisement -

PERAK: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Alvador Rizal Mubarak membayangkan untuk meletakkan calon PKR mewakili kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil DUN Slim yang bakal diadakan nanti.

Kerusi itu tersebut kosong kerana pemergian Ahli Undangan Negeri Negeri Slim (BN) Datuk Mohd Khusairi Abd Talib kerana serangan jantung semalam. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan sebelum zuhur hari ini.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, PKR akan mempertahankan legasi Allahyarham dengan meletakkan calon sesuai dari kawasan setempat” katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Gerakan reformasi akan diteruskan” katanya.

Pada Pilihanraya Umum 2018 lepas, BN menang dengan menewaskan calon Parti BERSATU dan PAS dengan majoriti 2183 undi.

Allahyarham juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, dan menjadi ADUN Slim semenjak 2004.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat