DBKL Bersihkan ‘Singgahsana’ Gelandangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kawasan bawah jambatan sepanjang Sungai Gombak iaitu dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sehingga Masjid Jamek di sini yang menjadi ‘singgahsana’ gelandangan ibu kota akhirnya dibersihkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Kerja membersihkan barangan yang ditinggalkan gelandangan itu dijalankan selama sehari dengan kerjasama kontraktor pembersihan, Alam Flora.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, antara barang yang ditinggalkan ialah pondok sementara, selain tikar dan kotak yang dijadikan alas tidur.

“Tiada barang berharga seperti dapur ditinggalkan gelandangan ini. Kawasan ini dipercayai menjadi persinggahan kepada mereka untuk tidur pada waktu malam.

“Kita juga mendapati kebanyakan gelandangan yang tinggal di kawasan itu merupakan gelandangan baharu,” katanya di sini hari ini.

Nor Hisham berkata, pemantauan berkala akan diteruskan dalam usaha memelihara Kuala Lumpur agar bebas daripada gelandangan.

Sebelum ini, DBKL menyediakan rumah transit gelandangan di Jalan Pahang di sini bagi menjaga kebajikan golongan tersebut.

Ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan penempatan sementara gelandangan di empat lokasi bagi mengelak kumpulan berkenaan berkeliaran dalam usaha mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Gelandangan yang diselamatkan itu kemudian mengikuti program penempatan pekerjaan dengan kerjasama beberapa syarikat dan DBKL.

Selain ditawarkan kerja dengan pendapatan tetap, mereka juga disediakan kemudahan asrama sebagai sokongan memulakan kehidupan baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat