Kamu Bukan Gelendangan, Tapi Warrior Hijrah – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa masih dengan pendiriannya sebelum ini yang enggan menggunakan istilah gelendangan kepada golongan berkenaan, sebaliknya menggelar mereka sebagai ‘Warrior (pahlawan) Hijrah.

“Jangan pakai lagi perkataan gelandangan, jangan ada niat nak balik bergelandangan,” katanya kepada golongan itu.

Annuar berkata demikian di hadapan 44 gelandangan yang sedang menjalani rawatan di Drugs Intervention Community Malaysia di Sungai Soi, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

“Kita mesti tidak mempunyai keazaman untuk duduk merata macam tak ada orang nak jaga kita.

“Dalam negara kita, tidak mahu lagi bergelandangan, mestilah ‘Warrior (pahlawan) Hijrah’ itu terbaik,” katanya disambut tepukan daripada peserta yang menjalani rawatan.

Terdahulu, Annuar hadir bagi meninjau keadaan gelandangan yang menjalani rawatan.

Mereka ini diselematkan ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 terhadap golongan gelendangan.

Dalam lawatan tersebut, Annuar memaklumkan kesemua gelendangan tersebut menawarkan diri secara sukarela untuk menjalani rawatan yang bermula pada pertengahan bulan ini, untuk tempoh sehingga tiga bulan dengan kos dibiayai kementeriannya.

Proses pemulihan itu, menurut Annuar, perlu dilakukan sebelum kumpulan ini boleh mengubah kehidupan sama ada dengan mencari kerja atau mengikuti kelas kemahiran sebagai persediaan untuk kembali kepada masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat