Balu Abam Bocey kumpul duit berniaga cempedak di tepi jalan

Muhyiddin Setuju Lantik TPM Dari UMNO Asalkan Bukan Zahid

Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan telah bersetuju untuk melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari kalangan UMNO bagi memastikan kestabilan...

Tukar-Tukar Tempat Sembunyi

Kuala Lumpur: Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, 32, yang dikehendaki pihak berkuasa sebagai suspek utama kes pengubahan wang haram dan judi dalam talian...

COVID-19: Rusia Sahkan Kematian Tertinggi Pernah Dicatatkan

RUSIA melaporkan 320 kematian baharu akibat COVID-19, sekali gus menjadi angka korban tertinggi pernah dicatatkan. Pada masa sama, sebanyak 16,550 lagi kes positif disahkan pada...

Pembangkang Thailand Kelar Lengan Semasa Sesi Khas Parlimen

BANGKOK: Seorang ahli Parlimen pembangkang Thailand mengelar lengannya tiga kali dengan pisau kecil dalam rayuan emosionalnya, meminta kerajaan agar menyelesaikan situasi politik di negara...

Liverpool Dihimpit Tekanan Biarpun Menang

LIVERPOOL: Liverpool menewaskan Midtjylland 2-0 bagi mencipta kemenangan kedua dalam dua aksi Liga Juara-Juara tetapi masalah di bahagian pertahanan memuncak apabila Fabinho mengalami kecederaan. Juara...

SABAK BERNAM – Isteri kepada pelawak Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau Abam Bocey mengusahakan gerai cempedak goreng tepi jalan bagi mengumpul duit untuk membuka sebuah kedai makan.

Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, berkata, hasrat membuka kedai makan yang menyediakan makanan panas itu pernah disuarakan Allahyarham suaminya semasa masih hidup.

Bagaimanapun, katanya, hasrat itu tertangguh kerana anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey ketika itu masih bayi.

“Arwah memang merancang hendak membuka sebuah kedai makan tapi hasratnya tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu menemui Ilahi.

“Saya berusaha sedikit demi sedikit mengumpul duit dan kudrat yang ada untuk merealisasikan hasrat arwah suami dan seterusnya mengembangkan perniagaan kami,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Siti Nurhidayah, dia yang berniaga cempedak di sebuah gerai di Pekan Sabak di sini sejak awal bulan lalu disebabkan ingin menyara anak sulungnya itu yang berusia setahun.

“Masa mula berniaga dulu timbul juga perasaan malu, tapi semua itu saya ketepikan kerana saya mencari rezeki halal untuk membesarkan anak kami. Malah saya tidak menghiraukan apa jua tanggapan masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai idea membuka gerai menjual cempedak goreng, Siti Nurhidayah berkata, semua itu berlaku tanpa dirancang apabila membantu bapanya, Mohd Ali Bahtin, 70, berniaga di tapak sama menjual durian.

“Sebelum ini kami hanya goreng cempedak di gerai ayah untuk makan keluarga, tapi kebetulan ramai pula pelanggan yang ingin membeli seterusnya mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Justeru, katanya, dia dan adik iparnya, Nor Farhana Nordin, 21, tekad menjual cempedak goreng yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga 6 petang dengan purata jualan sebanyak 50 kilogram cempedak habis setiap hari.

“Istimewanya cempedak ini ialah adunan tepung yang kami hasilkan ini mempunyai rasa yang rangup dan sedap dimakan selain isi cempedak madu yang manis,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan Aidiladha tidak lama lagi, Siti Nurhidayah berkata, memandangkan sibuk berniaga, dia hanya mengutamakan keperluan anaknya terlebih dahulu.

“Saya sudah membeli baju dan kasut tapi semuanya untuk anak memandangkan ini kali pertama dia menyambut Aidiladha,” katanya.

Sinar Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

Ketika cuaca panas, makan aiskrim pasti akan menyegarkan anak tekak anda. Jom terjah McDonald’s untuk cuba aiskrim terbaharunya. McDonald’s Malaysia baru sahaja perkenalkan Sea Salt...

HUAWEI FreeBuds Studio, Fon Kepala Penuh Penggayaan Dengan Pembatalan Hingar Aktif

Mulai aktif dengan menghasilkan telefon pintar, HUAWEI nampkanya terus melebarkan sayap mereka dengan memperkenalkan pelbagai aksesori buat pencinta gadget merangkumi komputer riba, tablet, earphone dan sebagainya. Terbaharu,...

Dapat Permintaan Ramai, FamilyMart Kembalikan Strawberry Sofuto Dengan Harga RM0.99

Setiap kali FamilyMart hadir dengan perisa baharu mesti ramai tidak sabar mahu mencuba. Difahamkan, FamilyMart kini kembalikan Strawberry Sofuto dalam menu mereka atas permintaan...