Israel Roboh Pusat Ujian Covid-19 Palestin

- Advertisement -

Tebing Barat – Pasukan rejim pengganas Israel merobohkan pusat ujian coronavirus Palestin di pintu masuk kota Hebron di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Kekejaman ini berlaku sehari selepas tentera Israel merobohkan pusat pemeriksaan keselamatan Palestin yang dibina di pintu masuk kota Jenin untuk menjalankan ujian COVID-19.

Pembinaan fasiliti itu, yang dirancang untuk membendung penyebaran wabak di kota itu dan dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit Covid-19, bermula hampir tiga bulan lalu.

Ketika struktur bangunan hampir selesai, jentolak Israel memusnahkannya.

Hebron menyaksikan kes terburuk di Tebing Barat, yang telah berjuang selama dua minggu terakhir untuk mengatasi gelombang kedua jangkitan Covid-19. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat