ASUS ROG Phone 3 tawar spesifikasi paling maju

- Advertisement -

JENAMA segmen permainan terkemuka, ASUS memperkenalkan sebuah lagi peranti pintar baharunya iaitu ASUS ROG Phone 3 yang menawarkan spesifikasi tinggi termasuk skrin paparan kadar segar semula 144Hz khusus untuk semua jenis kategori permainan.

Kali ini, ASUS ROG Phone 3 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865+ yang dilengkapi dengan cip sokongan jaringan telekomunikasi 5G serta keupayaan Qualcomm Snapdragon Elite Gaming untuk prestasi peranti paling optimum.

Peranti ini menggunakan memori (RAM) 16GB dengan rekaan LPDDR5 bersama kapasiti storan 512GB UFS 3.1 dan sememangnya sesuai dengan ‘gamers’ yang mahukan peranti mudah alih berkuasa selain jumlah storan yang tinggi.

Ia didatangkan dengan skrin berkeluasan 6.59 inci AMOLED serta persis warna pada kadar Delta E termasuk sokongan paparan rakaman video HDR10+ setanding dengan semua telefon kelas perdana yang berada di pasaran.

Sesuai dengan kegunaan prestasi tinggi, telefon pintar berkenaan mempunyai kapasiti bateri 6,000mAh untuk tempoh penggunaan masa yang lebih panjang dan jangka waktu di dalam permainan paling optimum berbanding peranti lain.

ASUS ROG Phone 3 mempunyai tetapan tiga lensa iaitu lensa utama berkeupayaan 64MP disokong lensa 13MP sudut ultra lebar dan 5MP lensa makro. Selain itu, rakaman gambar swafoto berkeupayaan untuk resolusi 24MP.

Peranti pintar ASUS ROG Phone 3 menjalankan sistem operasi berasaskan Android 10 dengan paparan antara muka ROG UI, serta menawarkan sejumlah pengoptimasian khusus untuk termasuk sensor ultrasonik untuk AirTrigger 3.

Telefon kelas prestasi tinggi ini akan memasuki pasaran tempatan pada pertengahan September depan dan pengguna boleh memilih variasi pilihan memori 12GB RAM dan juga 16GB RAM.

Harga jualannya masih belum diumumkan tetapi dijangka tanda harga berkenaan tidak banyak berbeza dengan generasi ASUS ROG terdahulu iaitu sekitar RM3,499.

Spesifikasi

•Pemproses: Qualcomm Snapdragon 865+

•RAM: 16GB LPDDR5

•Storan: 128GB – 512GB

•Kamera utama: 64MP + 13MP + 5MP

•Kamera swafoto: 24MP

•Bateri: 6,000mAh

H Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat