Jangan buang pelajar UMS, utamakan masa depan mereka – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesan kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir agar pihak Universti Malaysia Sabah (UMS) tidak menyingkirkan kumpulan mahasiswa yang terlibat dalam himpunan “Gempur Rasuah Sabah 2.0”.

Zambry diberitahu itu hanyalah kesilapan namun masa depan pelajar -pelajar terbabit jauh lebih penting.

“Perdana Menteri berpesan agar pelajar UMS yang terlibat dalam insiden baru-baru ini tidak dibuang universiti.

“Bagi YAB PM, mereka mungkin membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” kata Zambry menyampaikan hasrat Perdana Menteri.

Pada 22 Jun lalu, kumpulan aktivis pelajar, Suara Mahasiswa UMS mengakhiri himpunan anti-rasuah di Kota Kinabalu dengan mesej berani iaitu dengan membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jurucakap kumpulan itu, Fadhil Kasim, bagaimanapun menegaskan himpunan yang dinamakan “Gempur Rasuah Sabah 2.0” itu berakhir dengan aman tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa.

Kumpulan itu mempamerkan sepanduk besar memaparkan karikatur Anwar bersama tulisan “Madani Pelindung Rasuah Sabah”, yang diletakkan di lokasi terbuka dan dapat dilihat orang ramai.

Fadhil berkata sepanduk itu melambangkan kritikan tajam terhadap kerajaan pimpinan Anwar, yang menurut mereka gagal menunaikan janji berkaitan reformasi institusi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat