Zahid kalau bab pemilihan UMNO dia buat-buat tak dengar – Nazri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar sidang Parlimen diadakan segera, namun tidak mengendahkan desakan agar UMNO mengadakan pemilihan parti, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Memetik Malaysiakini Nazri berkata, tempoh Zahid sebagai presiden sepatutnya berakhir bulan ini dan selepas itu pemilihan baru mesti diadakan.

“Zahid ni, dia suruh buat parlimen secepat mungkin.

“Kalau (sesuatu yang) mendorong kepada PRU minta secepat mungkin, tapi pemilihan parti buat-buat tak dengar,” kata Nazri.

Nazri menambah, tiada keperluan untuk menggesa Zahid mengundurkan diri atau bercuti memandangkan dia hanya menjadi “presiden sementara” setelah tempoh jawatannya berakhir.

Zahid memenangi jawatan Presiden UMNO pada 30 Jun 2018.

Menurut Perlembagaan UMNO, pemilihan parti mesti diadakan setiap tiga tahun.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan, tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Sebelum ini, permohonan UMNO untuk mengadakan pemilihan parti ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran peningkatan kes Covid-19.

Dilaporkan pemilihan parti akan menyebabkan perhimpunan besar-besaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat