Suami Berubah Personaliti, Alami Kemurungan Melampau – Natashakilla

- Advertisement -

BBATU PAHAT – “Saya reda dengan ketentuan Allah jika suami saya disahkan menghidap penyakit mental,” kata Natashakilla Zulku, 27, dari Kampung Sungai Nibong Darat, Semerah, dekat sini.

Natashakilla berkata, dia tidak menyangka suaminya, Khairul Kasmon, 35, mengalami kemurungan teruk selepas menghadapi beberapa tekanan hidup.

“Suami berubah kepada personaliti begitu berbeza berbanding dulu yang sangat ceria dan sentiasa berfikiran positif.

“Suami tak pernah tertekan sebelum ini, kami bahagia dan mampu tunaikan permintaan empat anak berusia antara dua hingga 11 tahun. Keadaan itu berubah apabila satu persatu masalah menimpa sejak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Mac tahun lalu,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, sebelum itu suaminya diuji dengan kehilangan ibu disusuli nenek yang meninggal dunia akibat sakit tua dan ketika PKP, sektor pekerjaan suaminya dihentikan sementara.

“Saya pula ketika itu baru melahirkan anak bongsu, suami sudah kelihatan tertekan kerana merasakan beban besar yang perlu dihadapi ditambah pula masalah kereta rosak yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.

“Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai pemandu jentera pengaut hanya mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan kami sekeluarga terputus berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama,” katanya.

Katanya, sejak itu suaminya mula murung, solat pun terlupa rakaat, bercakap seorang diri.

“Saya terus menghubungi klinik desa berhampiran dan dinasihatkan membawa suami untuk rawatan.

“Pada Mac tahun lalu, saya menghubungi ambulans untuk membantu suami mendapatkan rawatan, tapi dia mula bertindak agresif apabila memeluk semua anaknya sambil menjerit dan meminta agar tidak memisahkan mereka,” katanya.

Dia berkata, selepas dihantar ke wad psikiatri di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, doktor mengesahkan suaminya mengalami kemurungan melampau dan perlu mendapat rawatan.

“Saya sebagai suri rumah memang tiada sumber pendapatan dan keadaan kesihatan suami pula tidak menentu bergantung pada keadaan emosinya,” katanya.

Kepada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi Natashakilla di talian 011-27873126. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat