Ustaz Ebit Liew Bakal Buka 10 Cawangan Pasar Raya, Sediakan Peluang Kerja

- Advertisement -

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah dan penceramah yang terkenal dengan sifat dermawannya iaitu Ebit Lew.

Selain berdakwah dan mempunyai perniagaan seperti restoran, butik pakaian dan khidmat latihan, Ebit baru-baru ini mengumumkan beliau akan membuka beberapa cawangan pasar raya.

Selepas beberapa minggu pengumuman tersebut dibuat, beliau akhirnya memuat naik sekeping gambar salah sebuah cawangan pasar raya miliknya yang sudah lengkap dengan papan tanda dan bersedia untuk dibuka tidak lama lagi.

Berkongsi dalam hantaran tersebut, Ebit turut menjawab persoalan dan pertanyaan orang ramai sebelum ini yang sering tertanya-tanya kenapa beliau memilih untuk membuka perniagaan runcit sedangkan sudah banyak memiliki perniagaan lain sebelum ini.

Walaupun ramai pengikut yang sudah mengetahui pembukaan kedai runcit itu bakal menawarkan harga yang lebih murah demi membantu golongan yang memerlukan, Ebit juga menjelaskan ada beberapa perkara lain yang turut mendorong beliau meneruskan usaha tersebut.

“Bukan sekadar harga murah, kita sebuah keluarga. Saya nak buat ‘food bank’.

“Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan,” katanya menerusi posting di Facebboknya.

Food bank merujuk kepada tempat penyimpanan makanan dan keperluan yang boleh diakses dan diambil oleh mereka yang memerlukan tanpa perlu membayar.

Program yang hampir sama banyak dilakukan sebelum ini di beberapa universiti dan masjid-masjid di seluruh negara.

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas bagaimana food bank anjuran syarikatnya itu akan dijalankan, namun sudah pastinya pengumuman tentang kemudahan itu akan membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk berbelanja.

Menurut perkongsian terbaru daripada Ebit, pembukaan kedai runcit atau pasar raya ini bukan sahaja akan menawarkan harga yang murah, tetapi bakal menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta penyediaan peluang pekerjaan.

Dalam posting tersebut, Ebit turut menyatakan cawangan pasaraya akan dibuka di 10 lokasi berbeza iaitu di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat