Patuhi SOP Ketika Kempen PRK Chini, Elak Kluster Baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Noor Azmi Ghazali mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Langkah itu bagi mengelak penularan wabak Covid-19 yang seterusnya boleh mewujudkan kluster baharu, menurut Noor Azmi.

“Ini satu sejarah sebab PRK kali ini diadakan dalam tempoh PKPP, ada SOP yang ketat yang telah diberikan.

“Kita jaga diri sendirilah, ini tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11(1) di sini hari ini.

PRK DUN Chini diadakan selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Hatun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Pengundian awal PRK DUN Chini ini dijadualkan bermula ada 30 Jun hingga pembuangan undi pada 4 Julai ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat