ADUN PKR Keluar Parti, Umum Sertai PPBM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin kini meneruskan kerjaya politiknya dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu / PPBM).

Portal The Malaysian Insight melaporkan, Dr Afif membuat keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas tiga bulan dikenakan tindakan gantung sementara dari parti.

Selepas Pakatan Harapan tumbang diperingkat pusat, Dr Afif kemudiannya meletak jawatan sebagai Exco Kerajaan Pulau Pinang.

Tidak lama selepas itu, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan Dr Afif bukan lagi wakil rakyat anggota kerajaan.

“Kerajaan Pakatan Harapan letak saya sebagai pembangkang. Saya akan duduk sebagai wakil rakyat Bersatu dalam sidang DUN Pulau Pinang,” katanya.

Dr Afif dilaporkan sebagai berkata, keputusan menyertai Bersatu dibuat bagi membolehkan beliau berkhidmat dengan baik melalui kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas sama ada gabungan wakil rakyat dan bekas pemimpin PKR menyertai Bersatu akan membentuk parti baharu, Afif berkata, fokus pada ketika ini adalah mengukuhkan PN.

“Isu penubuhan parti baharu tidak penting. Yang penting ialah memperkukuhkan PN. Yang penting ialah kerajaan dapat melayani rakyat dengan lebih baik,” katanya.

Dr Afif juga dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Bersatu bagi memaklumkan penyertaan beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat