“Konon saya salah pintu, sedangkan Anthony Loke pun ada dalam mesyuarat Kabinet” – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengkritik Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang didakwa cuba ‘lepas tangan’ dalam isu terkait penjualan saham Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS).

Kata Ketua Armada Bersatu itu, Anthony Loke menggunakan hujah Ad Hominem dan falasi Straw Man konon salah pintu.

“Dia lupa sebagai Menteri, dia terlibat dalam mesyuarat Kabinet dan bertanggungjawab sama.

“Puak pentaksub UMDAP-PH bersorak gembira pertahankan penjualan aset strategik negara kepada pro-Zionis. Siapa sebenarnya yang bodoh? Soal Wan Ahmad Fayhsal.

Sebelum itu, pempengaruh media sosial, Lim Sian See turut mengulas laporan Menteri Pengangkutan suruh rujuk Khazanah Nasional dan jangan cari dia berkenaan isu MAHB-BlackRock.

Menurut Sian See, sebenarnya, ada cara lebih baik untuk selesaikan isu ini agar rakyat diberi penjelasan kenapa syarikat BlackRock diberi peranan untuk beli kepentingan 25 peratus dalam MAHB.

“Ini caranya. Menteri Pengangkutan boleh suruh Pengerusi Khazanah Nasional untuk jelaskan.

“Jika Pengerusi Khazanah Nasional tak boleh jawab, dia kena rujuk boss dia Menteri Kewangan.

“Jika Menteri Kewangan tidak boleh jawab, dia boleh rujuk boss dia Perdana Menteri.

“Jika Perdana Menteri tak boleh jawab, dia boleh rujuk perkara ini untuk dibincang dalam Jemaah Menteri,” cadang beliau.

Tambah Sian See, setelah Jemaah Menteri berbincang, mereka boleh tugaskan Menteri Pengangkutan untuk beri penjelasan bagi isu ini sebab ianya juga isu yang melibatkan sektor pengangkutan dan perkara itu dapat diselesaikan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat