ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.38 tengah hari, Jumaat.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Acheh pada jam 6 petang.

Sebelum ini, Nor Zamri dilaporkan ditempatkan di Wad ICU Hospital Seberang Jaya kerana komplikasi di bahagian perut.

Nor Zamri dimasukkan ke hospital susulan sakit perut dan diberikan ubat tidur untuk membolehkannya berehat.

Bagaimanapun selepas beberapa hari diberi rawatan, beliau dilaporkan stabil dan semakin menunjukkan perkembangan positif.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat