Malaysia mahu jadi hab haji dan umrah, bina terminal khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) berkongsi tentang rancangan Malaysia untuk memenuhi potentsi Malaysia sebagai hab haji dan umrah.

Ini juga usaha Kerajaan ke arah penerbangan yang lebih mampan dan mesra alam.

Dalam perkongsian di Facebook Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan beliau telah dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi untuk sepentas dengan rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Lithuania dan Tunisia di Future Aviation Forum, Riyadh untuk berbicara tentang isu-isu penting berkenaan industri penerbangan.

“Antara soalan yang ditujukan kepada negara kita adalah berkenaan usaha Malaysia untuk menambahbaik infrastruktur penerbangan untuk menyokong pergerakan antara Arab Saudi dan Malaysia dan kemampanan sektor udara.

“Saya berkongsi tentang rancangan Malaysia untuk memenuhi potentsi negara kita sebagai hab haji dan umrah dan juga usaha kerajaan ke arah penerbangan yang lebih mampan dan mesra alam,” ujar beliau.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Seremban itu berkata dalam perjumpaannya dengan Menteri Pengangkutan Arab Saudi, beliau telah bangkitkan Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk mendirikan satu terminal khas untuk pengurusan haji dan umrah.

“Ia dapat membantu penerbangan-penerbangan yang datang ke Jeddah atau tempat-tempat lain di Arab Saudi dapat dilaksanakan di mana pelepasan imigresen Arab Saudi dapat dibuat di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Tanah Suci.

“Selain daripada urusan haji, kami harap pelepasan imigresen Saudi dapat diperluaskan kepada umrah sepanjang tahun.

“Perkara ini akan disusuli dan kita berharap dapat direalisasikan dalam kadar segera,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat