Parlimen full lockdown ‘paling berkesan’ – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parlimen contoh terbaik membuktikan bahawa ‘full lockdown’ adalah amat berkesan,” sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau secara sinis berkata Parlimen adalah contoh terbaik bahawa sekatan penuh amat berkesan dalam menangani pandemik Covid-19.

“Tiada kes baharu, tiada kluster baharu.

“Malah, pendapatan Ahli Parlimen dan pekerja Parlimen langsung tak kurang satu sen sepanjang tempoh ‘lockdown’,” katanya di Facebook susulan keputusan kerajaan tidak melaksanakan PKP penuh sebaliknya memperketatkan SOP.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan memperketatkan SOP PKP 3.0 termasuk melibatkan sektor ekonomi dan sosial.

Sementara itu, 80 peratus penjawat awam dan 40 peratus pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dianggarkan tujuh juta pekerja dari sektor swasta dan kerajaan tidak akan ke pejabat atau premis tempat mereka bekerja.

 

Sementara itu pengikut media sosial Najib terhibur dengan kenyataan sarkastik itu meninggalkan ulasan “untung jadi warga tua di Parlimen”, “macam mana nak mohon kerja di Parlimen, duduk rumah gaji penuh, “untunglah ahli Parlimen, makan tidur cukup bulan cucuk duit”, “boleh dah bangunan Parlimen tu ubah suai jadi hospital atau pusat kuarantin sementara daripada terbiar tak digunakan, ada juga manfaat”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat