Nenek 90 Tahun Diiktiraf Sebagai ‘Youtuber Gamer’ Tertua Dunia

- Advertisement -

TOKYO: Wanita Jepun yang membina kumpulan pengikut di Youtube dengan kemahiran bermain permainan video, sekarang diiktiraf sebagai Youtube Gamer tertua dunia – pada usia 90 tahun.

Hamako Mori, yang dikenali sebagai “Gamer Grandma” oleh 250,000 pengikut Youtubenya, mula bermain permainan video lebih 39 tahun yang dulu. Dia memuatnaik lebih kurang 4 video sebulan di rangkaian YouTube.

Dalam klips videonya, dia melakukan kesemuanya – dari melakukan ‘unboxing’ permainan/konsol baru, sehingga menunjukkan kemahiran bermainan permainan video seperti “Dauntless” dan “Elder Scrolls V Skyrim”.

Dan sekarang Mori- yang mengakui permainan “Grand Theft Auto” (antara permainan video paling ganas dalam dunia) sebagai permainan kegemarannya, diiktiraf secara rasmi sebagai gaming Youtuber paling tua oleh Guiness World Record.

Mori mengekalkan keupayaannya membuat lawak jenaka dalam setiap videonya.

Dalam kenyataannya kepada Guiness, Mori berkata, “Saya menikmati hidup saya dengan bermain permainan video, ia seronok”.

Disamping bermain permainan video, Mori juga mempunyai koleksi konsol permainan video selama berdekad-dekad. Konsol permainan video pertama yang dimilikinya ialah Cassette Vision yang dikeluarkan pada 30 Julai 1980.

“Ia kelihatan sangat menyeronokkan dan saya fikir sangat tidak adil jika kanak-kanak saja yang memainkannya”, kata Mori – CNN

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat