Lebih 1,000 Lagi Kenderaan Rentas Negeri Balik Kampung Diarah Patah Balik

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

#PRNSabah : TYT Dijangka Umum Bakal Ketua Menteri Esok

Kota Kinabalu - Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di katakan bakal mengumumkan perlantikan Ketua Menteri yang baharu esok. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha UMNO,...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Drama Pemilihan Ketua Menteri Sabah Belum Tamat

KOTA KINABALU - Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...

KUALA LUMPUR – Walaupun terdapat penurunan jumlah mereka yang diarah berpatah balik kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu 1,158 kenderaan, namun ia menunjukkan terdapat segelintir mereka yang cuba curi-curi merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeri iaitu Selangor (460 kes), Melaka (121 kes) dan Negeri Sembilan (95 kes) dikenal pasti mencatatkan jumlah cubaan rentas negeri tertinggi yang dikesan dalam sekatan jalan raya rentas sempadan negeri yang dibuat di seluruh negara semalam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengadakan 162 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 157,364 kenderaan.

“Sebanyak 1,158 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan diarah berpatah balik oleh PDRM berbanding 1,613 kenderaan pada hari sebelumnya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah memeriksa 30,702 kenderaan persendirian, 2,052 kenderaan awam dan 286 vessel selain 10,637 pasar awam, 4,045 tempat ibadah, 944 tempat riadah dan 636 tapak pembinaan.

“PDRM menahan 156 individu dan menahan reman 50 individu atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP). PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 106 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa setakat ini 270 pusat kuarantin beroperasi hari ini berbanding 271 semalam, dengan 14,962 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Seramai 40,264 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara menjalani proses kuarantin wajib sejak 3 April lepas manakala 32,287 individu selesai menjalani proses itu dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, di Negeri Sembilan seramai 171 individu telah ditahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dikuatkuasakan bagi tempoh 18 Mac sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata daripada jumlah berkenaan seramai 123 individu telah dituduh manakala 36 orang telah dikenakan kompaun kerana melanggar arahan PKP dan PKPB.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Gabungan Parti Peroleh Kerusi Terbanyak Adalah Sah – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Tuaran, Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa gabungan parti yang memenangi lebih dari 50 peratus kerusi layak membentuk kerajaan...

GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

CYBERJAYA - PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan...

Mahathir Kecewa Warisan Kalah, Tetap Namakan Shafie Apdal Calon PM

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan kekalahan Warisan dan sekutunya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam. Dr...