Agong mesti terima nasihat PM sebelum lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM tapi pemberi nasihat sudah tak kompeten – Rafique Rashid

KUALA LUMPUR – Adakah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau penggantinya dapat dilantik atau dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong?

Jawapan dari segi undang-undang adalah ia mesti selepas terima nasihat daripada Perdana Menteri, jelas peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

“Malaysia amalkan sistem Raja Berperlembagaan. Ia bermaksud Malaysia tidak amal sistem Raja Mutlak. Maknanya Tuanku Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

“Ini termaktub dalam Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan. Termasuklah pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM sepertimana Seksyen 5 Akta SPRM 2009.

“Tuanku Agong hanya menurut budi bicara pada melaksana tiga perkara atau fungsinya yakni dalam pelantikan Perdana Menteri, tidak perkenan pembubaran Parlimen dan meminta mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata berkenan kesitimewaan , kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu. Ini ada terkandung dalam Perkara 40(2) Perlembagaan atau mana-mana hal lain seperti dalam Perlembagaan.

“Maka, isunya sekarang adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM atau penggantinya dapat dilantik atau dipilih? Jawapan dari segi undang-undang adalah ia mesti selepas terima nasihat daripada Perdana Menteri,” jelas Ketua Penerangan Parti Pejuang itu dalam hantaran di Facebook beliau.

Rafique bagaimanapun menjelaskan, ini bukan politik sebaliknya ia undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Kenapa ianya dipolitikkan? Kerana isunya adalah kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak kompeten. Yang juga terpalit dalam isu kegagalan tatakelola terkait dengan Tan Sri Azam Baki. Sekarang ini jadi lebih bercelaru kerana isu Farhash Wafa Salvador.

“Adakah pemberi nasihat yang tidak kompenten boleh atau mesti didengar nasihatnya? Bibit hilang keyakinan sudah ada.

“Kalau begitu, tugas wakil rakyat atau ahli Parlimen adalah untuk menarik sokongan dari Perdana Menteri.

“Ahli Parlimen dipilih rakyat . Mesti dengar suara rakyat,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara ini.

Sultan Ibrahim, bertitah bahawa jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Seri Paduka Baginda.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat