Ahmad Maslan tak usul tangguh PRN Melaka, Johor dalam mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan menarik balik hasratnya untuk mengusulkan penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor susulan konflik bekalan tenaga yang menekan dunia ketika ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Ummo itu memberitahu beliau tidak mengusulkan penangguhan itu dalam mesyuarat parti itu.

“Saya tidak ada membuat cadangan dalam mesyuarat MKT baru-baru ini untuk tangguh PRN Melaka dan Johor hingga selesai isu perang dan minyak.

“Oleh itu, ia tidak berbangkit.

“Terpulang kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan dan pihak yang berkaitan tentuk tentukan tarikh (PRN).

“Ketika ini saya bantu buat persiapan,” jelas Timbalan Menteri Kerja Raya itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat