Tembak saja mana-mana bot pasang periuk api di Selat Hormuz – Trump

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata pada Khamis beliau sudah mengeluarkan arahan untuk menembak mana-mana kapal yang memasang periuk api di Selat Hormuz, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Saya sudah mengarahkan Tentera Laut Amerika Syarikat untuk menembak mana-mana bot yang memasang periuk api di perairan Selat Hormuz.

“Tidak perlu ada sebarang keraguan,” kata Trump dalam satu hantaran di media sosial.

“Selain itu, kapal pembersih periuk api kami sedang membersihkan Selat itu ketika ini. Saya dengan ini mengarahkan aktiviti itu diteruskan, tetapi pada tahap tiga kali ganda lebih giat!,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Trump mendakwa Tehran ‘mengalihkan, atau sedang mengalihkan, semua periuk api laut’.

Selepas AS dan Israel mula menyerang Iran pada 28 Februari lalu, Iran bertindak balas dengan menyekat Selat Hormuz serta mengancam untuk menyerang mana-mana kapal yang tidak mendapat kebenarannya untuk melalui laluan air berkenaan.

Sekatan itu menyebabkan gangguan besar kepada perdagangan global, menyebabkan harga tenaga melonjak tinggi dan mencetuskan pelbagai langkah segera bagi mengelakkan kekurangan bekalan bahan api.

Pembukaan semula Selat Hormuz menjadi isu utama yang sukar dicapai dalam rundingan untuk menamatkan peperangan selepas gencatan senjata selama dua minggu bermula pada 8 April.

Beberapa hari kemudian, AS melaksanakan sekatan yang menjejaskan kapal-kapal yang datang dari atau menuju ke pelabuhan Iran, ketika Washington cuba memutuskan sumber pendapatan utama Tehran, lapor Bernama-DPA.

Trump secara unilateral melanjutkan gencatan senjata pada Selasa, namun sekatan oleh pihak AS tetap diteruskan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat