YBR Bantu Waris Anak Bekas Tentera Dalam Program Keusahawanan

- Advertisement -

AMPANG – Menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan yang berskala mikro terutamanya dalam kalangan masyarakat yang telah terjejas akibat pandemik Covid-19, Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menganjurkan Bengkel Keusahawanan & Motivasi (i Perniagaan) yang berlangsung di Hotel Grand Barakah, Ampang, di sini hari ini.

Program yang melibatkan peruntukan sebanyak RM49,339 adalah merupakan program kerjasama bersama Pertubuhan Pembangunan Pertiwi, Belia & Kemanusiaan Malaysia.

Ianya bertujuan melahirkan usahawan sedia ada dari golongan B40 & M40 dan usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi mendapatkan pendidikan dan kemahiran usahawan dalam mengembangkan dan mengekalkan perniagaan dalam norma baru.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Dato’ Hj Mohd Shahrizal Sahri berkata, memasarkan produk memerlukan bukan sahaja latihan kemahiran malah khidmat nasihat dan sesi motivasi supaya lebih berdaya saing mental dan fizikal terutama selepas ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Mereka bukan sahaja mendapat kemahiran malah turut berpeluang meningkatkan pendapatan dalam kadar segera dan akses pengetahuan pasaran bagi produk mereka.

Tambah beliau lagi, “bidang keusahawanan dilihat sebagai alternatif terbaik dan pilihan utama bagi rakyat mengurangi bebanan kos sara hidup, di mana ia diharapkan dapat membuka peluang buat mereka menjana pulangan dan pendapatan.

“Alhamdulillah, program ini diharap dapat membantu mereka yang memerlukan. InsyaAllah niat yang murni akan dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan kerjaya keusahawanan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat, malah menyumbang peningkatan ekonomi negara.,” katanya.

Menurutnya lagi, sokongan kepada usahawan perlu terus diberikan dengan cara menggalakkan mereka menimba ilmu pengetahuan dan dilihat sebagai pemangkin semangat selain membantu mereka mengasah kemahiran.

“YBR turut berharap agar masyarakat bijak mencari dan merebut peluang memulakan perniagaan, sekali gus memanfaatkan sumber pendapatan baharu untuk kelangsungan hidup,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat