Tablet Kelas Permainan

- Advertisement -

Jenama kelas permainan terkemuka, ASUS Republic of Gamers (ROG) memperkenalkan tablet kelas permainan yang didatangkan dengan unit pemproses grafik (GPU) daripada Nvidia GeForce.

Menerusi pengenalan ROG Flow Z13 berkenaan, ia adalah tablet paling berkuasa yang pernah ditawarkan di pasaran sekali gus menjadikan pengalaman permainan lebih mudah berbanding sebelum ini.

Rekaan ciri tablet berkenaan membolehkan ROG Flow Z13 ini hanya seberat 1.1 kilogram (kg) saja dan mempunyai 12 milimeter (mm) tebal yang mempunyai keupayaan sama dengan peranti konvensional lain.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Flow Z13 itu dilengkapi dengan cip pemproses sehingga Intel Core Generasi Ke-12 iaitu i9-12900H serta GPU daripada barisan RTX 3050 Ti.

Pada masa sama, peranti berkenaan juga menyokong memori binaan baharu iaitu DDR5 dengan frekuensi 5200Mhz bersama sokongan storan sehingga 1TB PCIe SSD untuk membolehkan pengguna menyimpan lebih banyak judul permainan.

ROG Flow Z13 ini diilhamkan daripada peranti ROG Mothership serta mempunyai beberapa kelebihan berbanding kepenggunaan laptop konvensional yang berada di pasaran ketika ini.

Untuk variasi kelas tinggi, ROG Flow Z13 ini turut dilengkapi dengan 13.4 inci skrin panel IPS WQUXGA bersama 60Hz dengan kadar kecerahan 500 nits.

Tanda harga untuk variasi asas iaitu kod siri GZ301Z-CLD132W bermula dengan RM7,999 manakala untuk kelas tinggi adalah RM15,999 bermula Mac untuk dua variasi biasa dan April bagi variasi premium.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat