EXCO Johor Yang Baharu Akan Angkat Sumpah Sabtu Ini – MB

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan Sabtu ini setelah mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata istiadat mengangkat sumpah itu akan diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini.

“Daulat Tuanku. Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim titah perkenan Majlis Angkat Sumpah Ahli-ahli Exco akan diadakan pada Sabtu (26 Mac) di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

“Menjunjung Kasih Tuanku. Allah Peliharakan Sultan,” kataoh  menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, hari ini.

Pada 16 Mac lepas, Onn Hafiz secara rasminya memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, pada 15 Mac.

Barisan Nasional meraih kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lepas, apabila berjaya memperoleh majoriti dua pertiga, dengan kemenangan 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat