Pengudaraan terbaik untuk desktop

- Advertisement -

Kerangka tidak hanya bertujuan untuk memberi nilai kosmetik kepada set desktop pengguna sebaliknya ia turut didatangkan dengan keupayaan pengudaraan.

Tidak semua kerangka yang berada di pasaran mempunyai sistem pengudaraan yang baik memandangkan setiap kali set desktop beroperasi dalam tempoh masa panjang, ia akan menghasilkan haba terkumpul di dalam desktop berkenaan.

Keupayaan kerangka yang baik mampu untuk mengalirkan haba panas keluar daripada desktop sekali gus mengekalkan suhu optimum desktop pengguna.

MSI memperkenalkan kerangka baharu mereka menerusi siri MPG GUNGNIR 110R daripada kelas kerangka pertengahan (Mid Tower Case).

Untuk kerangka ini, sambungan sokongan depan menawarkan dua port USB termasuk satu port USB jenis C bersama-sama dengan butang kawalan lampu LED yang memudahkan pengguna menukar tetapan penyeragaman lampu.

Panel bahagian depan dibina menerusi ‘Anterior Kaca’ bersama-sama dengan penapis habuk serta kerangka ini memuatkan saiz radiator penyejuk 360mm tanpa sebarang masalah.

Sesuai dengan trend semasa iaitu pemilik desktop kelas permainan pastinya mahu mempamerkan set mereka, panel tepi dilengkapi dengan kace diperkukuh serta boleh dibuka dan tutup dengan mudah.

Bahagian atas pula dilengkapi dengan penapis habuk bermagnetik sekali gus mengurangkan habuk untuk masuk ke dalam desktop.

Untuk aliran udara, panel depan digunakan untuk menyedut udara masuk manakala panel atas dan belakang bertujuan sebagai ‘eksos’ iaitu pengeluaran haba panas di dalam desktop.

Kerangka ini menyokong tiga saiz papan induk bermula daripada Mini ITX, Micro ATX dan ATX tanpa masalah mengikut keselesaan pengguna.

Menyentuh tentang sokongan kipas, panel depan boleh dimuatkan dengan tiga kipas bersaiz 120mm atau dua kipas bersaiz 140mm.

Untuk panel atas, dilengkapi dengan dua kipas 120mm dan satu unit kipas belakang  bersaiz sama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat