CYBERJAYA: YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia telah
mengadakan panggilan telefon bersama TYT Lee Hsien Loong, Perdana
Menteri Republik Singapura pada 24 Mac 2022.

Kedua-dua Perdana Menteri mengakui bahawa Malaysia dan Singapura
telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan khususnya
dalam pelaksanaan program vaksinasi dan pengurusan pandemik
COVID-19 bagi penduduk negara masing-masing.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Hari in, YAB Perdana Menteri dan TYT Perdana
Menteri Lee Hsien Loong turut mengambil maklum atas kemajuan yang
telah dicapai dalam meneruskan perjalanan rentas sempadan melalui
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (Udara) dan (Darat).

Sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik COVID￾19, kedua-dua pemimpin telah bersetuju bahawa sudah tiba masanya
untuk membuka sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara
yang telah lengkap vaksinasi.

Oleh yang demikian, bermula 1 April 2022, kedua-dua negara akan
membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk
merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau
melaksanakan ujian COVID-19, termasuk ujian pra-pelepasan dan
semasa ketibaan.

Ini adalah terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis
pengangkutan darat.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia akan membuka
sempadan kepada pengembara antarabangsa bermula 1 April 2022, dan seterusnya melakar satu lagi kejayaan penting dalam memudahcara
perjalanan rentas sempadan dengan jiran terdekat, Singapura.

“Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai
aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara. Ini
pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan
impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua
negara,” kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong berkata, Singapura
dan Malaysia menikmati hubungan yang mendalam, mesra dalam
pelbagai aspek, serta hubungan antara rakyat yang kukuh.

“Pengumuman hari ini merupakan peristiwa penting dalam peralihan kita
ke arah kehidupan dengan COVID-19. Ia mencerminkan kerjasama
kukuh yang dinikmati kedua-dua pihak sepanjang pandemik ini dan akan
membantu kededua negara muncul lebih kuat daripada krisis ini,” kata
TYT Lee Hsien Loong