Zahid tegaskan UMNO tak bincang kerjasama dengan PKR cuma berselisih dengan Anwar : Laporan

 

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR dalam pilihan raya akan datang dan hanya bekerjasama dengan rakan partinya bawah Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan PKR mengenai kerjasama pilihan raya dan sebarang kemungkinan pembentukan pakatan hanya selepas PRU15.

Perkembangan itu menyusul selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu berkata wujud usaha menjalin kerjasama antara kedua parti itu.

“Ya, Anwar dan saya ada berselisih di Parlimen (dan) pada majlis perkahwinan, tetapi langsung tiada perbincangan, baik secara rasmi atau tidak rasmi.

“Tidak dengan saya, tidak juga dengan Mat Hassan (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan),” katanya seperti dilaporkan The Star.

Selain itu, Zahid berkata parti itu tidak pernah mengarahkan mana-mana wakil parti untuk mengadakan perbincangan sedemikian.

Terdahulu, UMNO beritahu parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang dan kerjasama yang dijalin sekarang akan berakhir apabila Parlimen dibubarkan.

Mengenai sama ada UMNO bersedia menjalin kerjasama dengan PKR, Zahid berkata selepas PRU15, apa saja boleh berlaku.

Beliau mengulangi bahawa tiada perbincangan dengan ketiga-tiga parti iaitu, PKR, DAP dan Pakatan Harapan buat masa ini.

Pada 16 Mac, Anwar mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan bersama pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temu bual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan berkenaan berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

Mengenai kerjasama UMNO dengan PAS, Zahid berkata kedua-dua parti masih bekerjasama dalam semangat Muafakat Nasional (MN).

“Tetapi terserah kepada mereka. Sekiranya mereka merasa lebih selesa bekerja dengan parti lain, mereka boleh buat demikian,” katanya.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...