1,268 Kes Baru Covid-19, Dua Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,268 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 336,808.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,263 merupakan jangkitan tempatan manakala lima lagi kes import.

“Selangor masih mencatat angka tertinggi dengan 409 kes jangkitan. Daripada jumlah ini, sebanyak 412 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Sarawak dengan 141 dan Johor sebanyak 135 kes,” kata Noor Hisham dalam kenyataan media harian.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 1,083 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 320,925.

Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,637.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan dua kematian baharu membabitkan kes warganegara di Selangor.

Selain itu, empat kluster baharu dikenal pasti hari ini di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak dengan dua daripadanya kluster tempat kerja. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat