GERAKAN fokus bantu PN menang PRU-15

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) komited membantu Perikatan Nasional (PN) menang dengan majoriti selesa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan bercita-cita menawan kembali Pulau Pinang yang pernah menjadi kubu kuatnya.

Susulan itu, Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata Pulau Pinang akan menjadi negeri tumpuan GERAKAN pada PRU-15 kerana negeri itu tempat parti bermula, mencapai kejayaan dan akhirnya jatuh tetapi yakin akan bangkit semula selepas ini.

Beliau berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam perkembangan semasa politik tanah air, tetapi GERAKAN masih relevan dan mampu memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kebajikan rakyat.

“Tugas kita (ahli GERAKAN) ialah untuk memastikan parti kekal relevan untuk 53 tahun akan datang dan seterusnya,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun parti itu yang ke-53, di Menara PGRM di sini, hari ini.

Selepas lebih setengah abad penubuhannya, GERAKAN yang juga bekas parti komponen Barisan Nasional (BN), ‘tenggelam’ pada PRU-14 dan kini berhasrat bangkit semula menerusi penyertaannya sebagai ahli terbaru PN.

GERAKAN ditubuhkan pada Mac 1968 dengan antara pengasasnya ialah Prof Syed Hussein Alatas dan Tun Dr Lim Chong Eu yang kemudian menjadi presiden pertama parti yang menjadikan usaha membantu rakyat tanpa mengira bangsa sebagai asas perjuangannya.

Pada PRU-14, GERAKAN tewas di semua 22 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya.

Susulan itu pada 23 Jun 2018, GERAKAN mengumumkan keluar BN dan pada 11 Februari lalu, parti itu secara rasmi diterima menganggotai gabungan PN.

– BERNAMA

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...