2026 Joy Asia Tour “Joy Splash” Bakal cipta malam istimewa di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur bakal menjadi saksi satu malam penuh warna dan emosi apabila 2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” singgah di ibu negara pada 25 April 2026 (Sabtu), jam 8.00 malam di ZEPP Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Zues Event Sdn. Bhd., konsert ini dijangka menghimpunkan ratusan ReVeluv Malaysia untuk meraikan perjalanan solo baharu JOY dalam suasana yang lebih dekat dan eksklusif.

Sebagai ahli kumpulan popular Red Velvet, JOY bukanlah nama asing dalam industri K-pop. Namun, “JOY SPLASH” menampilkan sisi berbeza beliau sebagai artis solo lebih peribadi, matang dan penuh karakter tersendiri. Kuala Lumpur dipilih sebagai salah satu destinasi penting dalam jelajah Asia kali ini, menandakan kepentingan pasaran Malaysia dalam peta konsert K-pop serantau.

Menurut Jeffery Chin, Pengarah Zues Event Sdn. Bhd., keputusan membawa JOY ke Malaysia tahun ini bukan sesuatu yang dirancang secara kebetulan.

“Masanya dirasakan cukup sesuai. ReVeluv Malaysia telah menunjukkan sokongan dan kasih sayang yang luar biasa selama ini. Kami percaya Kuala Lumpur wajar menjadi sebahagian daripada bab baharu perjalanan solo JOY menerusi ‘JOY SPLASH’. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi malam istimewa untuk mengeratkan hubungan antara JOY dan peminatnya di sini.

“Kami juga berharap penganjuran ini membuka lebih banyak peluang untuk membawa acara K-pop yang lebih besar dan menarik ke Malaysia pada masa akan datang,” jelas beliau.

Konsert berdurasi sekitar 120 minit ini bakal dipenuhi dengan rangkaian lagu popular, momen emosional serta segmen interaktif yang memberi peluang kepada peminat merasai pengalaman lebih dekat bersama idola mereka. Turut dijanjikan adalah pemberian hadiah dan fan benefits eksklusif yang pasti menambahkan lagi keterujaan malam tersebut.

“Kami menjangkakan tenaga yang luar biasa, sorakan fan chant yang kuat dan penuh semangat. Peminat Malaysia memang terkenal dengan passion mereka. Kami harap semua hadir dengan aura positif untuk sama-sama mencipta suasana yang tidak dapat dilupakan. Paling penting, kami mahu setiap peminat pulang dengan rasa gembira, puas dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada JOY SPLASH di Kuala Lumpur,” tambah Jeffery.

Dengan produksi pentas yang bergaya dan susunan persembahan yang dirancang khas, “JOY SPLASH” bukan sekadar konsert biasa ia adalah sebuah pengalaman yang meraikan hubungan dua hala antara artis dan peminat.

Butiran Acara
2026 JOY ASIA TOUR “JOY SPLASH” di Kuala Lumpur
Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: ZEPP Kuala Lumpur
Penganjur: Zues Event Sdn. Bhd.

Butiran Tiket
Harga: RM698 / RM598 / RM498 / RM398
Jualan tiket: 7 Mac 2026 (12.00 tengah hari)
Platform: etix.my
Nota:
Maksimum empat (4) tiket bagi setiap transaksi untuk setiap alamat e-mel

April ini, ReVeluv Malaysia bakal ‘dibanjiri’ dengan pesona dan keceriaan. Bersedialah untuk mencipta kenangan manis bersama JOY dalam satu malam yang dijangka meninggalkan impak istimewa buat semua yang hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat